Pada peringkat awalnya,murid-murid sekolah ini menumpang belajar di SK Jambu Rias,KaraK
SK
Lakum dimulakan pada 28 hb April 1980 dengan menggunakan 10 buah rumah
peneroka sebagai bilik darjah.Jumlah murid di waktu itu seramai 238
orang.Guru besar yang pertama ialah En.Ahmad bin Abd Rahman dengan
dibantu oleh 7 orang guru penolong.Pada 5 hb Januari 1983 bangunan baru
(bangunan yang ada sekarang) dibina dan digunakan sepenuhnya.Pada
peringkat awal SK Lakum berada di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran
Daerah Bentong,namun tidak lama kemudian diletakkan di bawah pentadbiran
Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh.
Sekolah
Kebangsaan SK Lakum adalah sebuah sekolah kebangsaan kategori Luar
Bandar.Letaknya kira-kira 30 kilometer dari Bandar Temerloh dan
bersempadan dengan Daerah Temerloh..Ia berada di dalam kawasan Felda
yang mempuinyai penempatan penduduk yang terancang. 95% dari
penduduknya adalah bumiputera yang berasal dari berbagai latar belakang
negeri dan sedikit sahaja dari kaum bukan bumiputera.
Hampir keseluruhan penduduk bekerja sebagai peneroka dan sebahagian kecil sahaja yang bekerja di sektor awam.
Secara
rasminya SK Felda Lakum ditubuhkan pada 28hb April 1980 .Semenjak ia
ditubuhkan,sekolah ini telah banyak membawa perubahan kepada masyarakat
dengan melahirkan generasi anak-anak peneroka yang berjaya dari segi
pendidikan dan pekerjaan.Kejayaan ini berterusan hingga kini.
Walaupun
terletak jauh dari pusat Bandar namun ianya tetap gah dipersada
pendidikan ke arah melahirkan generasi yang berwawasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan